Home » , » PNB, KWSP beli Battersea Power Station dengan harga rekod RM8.7 bilion

PNB, KWSP beli Battersea Power Station dengan harga rekod RM8.7 bilion

Written By Wadah Baru on Selasa, 23 Januari 2018 | 10:24 PG

Akhbar-akhbar di London minggu lalu memaparkan tajuk utama yang mengejutkan mengenai penjualan stesen janakuasa Battersea Power Station kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan harga mencecah rekod iaitu RM8.7 bilion (1.6 bilion pound).

Ia menjadi tajuk utama selepas jelas konsortium Malaysia gagal membiayai kos projek Battersea Park yang meningkat mendadak dan terpaksa menarik diri serta perlu diselamatkan.

Battersea Power Station dimiliki oleh Sime Darby dan SP Setia yang membeli projek pembangunan tersebut dalam 2012 dengan harga yang pada waktu itu turut dianggap sangat mahal iaitu berjumlah 400 juta pound, setelah beberapa dekad projek berkenaan dianggap sebagai projek gajah putih yang akan runtuh di South Bank.

Pembelian ini dikatakan merupakan pembelian hartanah termahal pernah dibuat di London.

70 peratus saham SP Setia pada hakikatnya telah pun dimiliki oleh PNB dan KWSP dalam pelaburan sekarang, justeru banyak soalan timbul mengenai mengapakah kedua-dua dana simpanan tersebut membuat keputusan membiayai semula pelaburannya?

London Evening Standard melaporkan cadangan penjualan Battersea Power Station timbul setelah kos pembinaan Battersea Park meningkat dua kali ganda daripada unjuran asal kira-kira 750 pound kepada sekitar 1.5 bilion.

Tetapi pemaju terbabit menafikan bahawa ia dibuat sebagai tindak balas kepada peningkatan kos.
Bangunan berkenaan (Battersea Power Station) terkenal sebagai ikon di London. Bagaimanapun kebanyakan penduduk tempatan merasa kecewa dengan persekitaran hodoh pembangunan tersebut.


Akhbar-akhbar di London minggu lalu memaparkan tajuk utama yang mengejutkan mengenai penjualan stesen janakuasa Battersea Power Station.

Battersea Power Station pada asalnya menjanjikan pembinaan rumah mampu milik sebagai sebahagian daripada usaha mengekang kos. Kebanyakan hartanah penginapan telah pun dipasarkan keluar negara kepada pembeli berpotensi dari Asia Tenggara, Malaysia, Singapura dan Hong Kong dengan mengorbankan keperluan penduduk London yang sangat memerlukan rumah.

Battersea Power Station telah mewujudkan perancangan yang memeningkan di London untuk beberapa dekad dan perancangan terakhir ini adalah usaha ketujuh untuk menjadikan ia boleh membawa keuntungan dan kawasan tersebut boleh diterima untuk digunakan, sekali gus dapat menyelamatkan bangunan ikonik di London itu.

Tanpa usaha penyelamatan ini (bail out), adalah difahami keseluruhan projek membabitkan Battersea Power Station akan mengalami kegagalan dan akan dilelong.

Pemaju-pemaju yang berasa lega dengan urusniaga ini mengharapkan ia dapat menjamin masa depan sekali gus projek berkaitan dapat disiapkan.

Ia juga dilaporkan dapat menyelamatkan Perdana Menteri Najib Razak dalam menghadapi pilihan raya yang semakin hampir.

Tapi sama ada bagi mereka yang mempunyai simpanan dalam PNB atau KWSP mempunyai alasan untuk berasa puas hati mengenai kualiti dan akhirnya keuntungan berhubung pelaburan ini, itu adalah soal lain, menurut laporan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger