Home » , » Lanjutkan Jawatan Ketua Hakim , Najib Langgar Perlembagaan Malaysia

Lanjutkan Jawatan Ketua Hakim , Najib Langgar Perlembagaan Malaysia

Written By Wadah Baru on Isnin, 7 Ogos 2017 | 4:07 PTG

Oleh Dr. Dzulkefly Ahmad

Pencerahan tentang kontroversi PM mengekalkan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan..

Tahniah K'jaan PM Najib Razak kerana berani 'mencabar dan melanggar' Perlembagaan Persekutuan!
Saya tidak perlu berhujjah lagi..sekadar menurunkan pandangan pakar..

1. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad..."PELANJUTAN hakim tertinggi dalam jawatan mereka menguatkan lagi 'persepsi wujudnya campur tangan politik' bagi menjadikan 'badan kehakiman pro kerajaan dan memburukkan imej baik institusi penting'.....

Hakim itu akan 'dilihat berkompromi dengan terus menyandang jawatan itu' walaupun "sudah tiba masanya untuk bersara", seterusnya "mencemarkan imej baik institusi kehakiman"....
Menambah lagi tentang isu yang dibangkitkan sesetengah pihak tentang Artikel 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang bolih melebihi had umur bagi hakim tambahan.....namun..

..Beliau tegaskan...Article 122 (1A) menyediakan cara pelantikan hakim tambahan untuk mahkamah persekutuan dan ia bukan "jalan belakang" (backdoor) untuk melantik ketua hakim negara..!

2. Majlis Peguam dalam mesyuarat EGM mereka menolak sebulat suara pelantikan yang dibuat PM Najib dan akan mencabar akan mengemukakan satu 'legal challenge' dalam masa terdekat...detail dibutirkan kemudian.

3. PEMIMPIN Pembangkang (PH dan lain) telah menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mencabar keputusan Perdana Menteri Najib Razak untuk mengekalkan jawatan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Makinudin.
"Jika isu itu tidak ditangani segera, ia akan mencetuskan krisis kehakiman kerana nanti, semua prosiding mahkamah dan keputusan akan terbatal !"

3. Komentar saya..Najib, Jangan lama-lama sangat nak perbodohkan rakyat...Kami tahu kenapa anda perlukan sebuah sistem judisiari yang 'compliant and beholden' kepada anda seperti yang dimaksudkan Tun Hamid tadi..yang kesemua ada dalam proses perundangan yang semakin hampir... yakni dalam skandal 1-MDB. Jho Low & MO1!

AlLahu Rahmati Rakyat dan Negara ini. Amin!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger