Home » , » Kerajaan perlu perkenal pendaftaran pengundi automatik, kata Pengarah ASLI

Kerajaan perlu perkenal pendaftaran pengundi automatik, kata Pengarah ASLI

Written By Wadah Baru on Khamis, 3 Ogos 2017 | 10:43 PG

Kerajaan perlu memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas tanpa perlu mereka melalui kerumitan bagi mendaftar sebagai pengundi.

Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata ramai rakyat Malaysia berpendapat bahawa adalah menjadi kerumitan untuk mendaftar mengundi kerana tidak banyak pejabat pendaftaran yang ada untuk memudahkan pendaftaran pengundi .

"Para pegawai pendaftaran tidak mesra kepada orang ramai seperti sepatutnya. Perkhidmatan mesra pelanggan dan berkualiti masih kekurangan," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menggesa lebih 3.7 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi supaya segera berbuat demikian kerana masa depan negara terletak di tangan mereka.

Navaratnam juga menggesa lebih banyak dana diperuntukkan untuk Suruhanjaya Pilihanraya bagi menjalankan tugasnya mendaftar lebih ramai pengundi dan mengurangkan jumlah pengundi tidak berdaftar seramai 3.7 juta.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya mengundi diwajibkan kerana mengundi adalah tanggungjawab setiap warga Malaysia.

"Cadangan-cadangan untuk perubahan pilihan raya pasti akan meningkatkan standard proses pilihan raya dan kecekapannya. Perubahan-perubahan inui juga akan meningkatkan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 ke peratusan yang lebih tinggi daripada pilihan raya umum yang lepas,kata beliau.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger