Home » , » Dulu Pulau Pinang difitnah halang azan, kini azan dua kali waktu Subuh

Dulu Pulau Pinang difitnah halang azan, kini azan dua kali waktu Subuh

Written By Wadah Baru on Sabtu, 15 Julai 2017 | 11:08 PG

Walaupun pernah difitnah menghalang azan daripada dikumandangkan, Pulau Pinang melangkah setapak lagi dalam memperhebatkan syiar Islam dengan arahan azan dua kali bagi waktu Subuh.

Arahan itu dikeluarkan melalui surat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bertarikh 6 Julai lalu yang ditujukan kepada imam besar Masjid Negeri Pulau Pinang, imam utama Masjid Daerah dan semua pengerusi kariah masjid seluruh negeri Pulau Pinang.

Salinan surat yang ditandatangani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Pulau Pinang Datuk Sazali Hussein itu turut dihantar kepada mufti dan semua pegawai tadbir agama daerah.

Saranan melaungkan azan Subuh dua kali itu dibuat atas syor Jabatan Mufti Pulau Pinang bertarikh 23 Jun 2017.
Surat arahan azan dua kali waktu Subuh oleh pengarah Jaipp.Jabatan Mufti Pulau Pinang melalui mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri pada 18 dan 19 April lalu telah bersetuju mengesyorkan agar masjid dan surau di Pulau Pinang melaungkan azan sebagai dua kali bagi waktu Subuh.
Azan pertama dilaungkan sekitar 30 minit sebelum masik waktu subuh (fajar) manakala azan kedua pula dilaungkan setelah masuk waktu Subuh.

Bagi melicinkan pelaksanaan azan dua kali ini, jawatankuasa kariah masjid dan surau diminta terlebih dahulu memaklumkan kepada ahli-ahli kariah melalui kaedah yang sesuai agar azan dua kali itu tidak menimbulkan kekeliruan.

Surat syor Jabatan Mufti negeri dan sandaran dalil mengenai azan Subuh dua kali itu turut diberikan kepada imam dan pengerusi kariah berkenaan.

1 ulasan:

Follow by Email

Akhbar Rakyat

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger