Home » , » Bukan sekadar celik baca, kita juga perlukan akhlak Al-Quran

Bukan sekadar celik baca, kita juga perlukan akhlak Al-Quran

Written By Wadah Baru on Khamis, 13 Julai 2017 | 3:15 PTG

Oleh Mohamad Sabu 

 SAYA mengambil positif dan menganggap satu teguran yang baik daripada pemimpin parti Islam di Malaysia bahawa mereka yang meninggalkan parti Islam dianggap buta Al-Quran. Memang kita umat Islam khasnya pemimpin dan pengikut Parti Amanah Negara (Amanah) hendaklah memahami Al-Quran dan menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup sehinggalah kita berada di bawah naungan Al-Quran.

Sesungguhnya di negara Arab mereka kebanyakannya tidak buta Al-Quran. Setiap tahun ribuan golongan hafiz berjaya dihasilkan khususnya di Mesir, Morocco, Arab Saudi dan negara Teluk yang lain tetapi kita lihat akhlak Al-Quran tidak ada di negara mereka.

Akhlak Al-Quran seperti memperjuangkan keadilan, integriti dan menghormati hak manusia, menghormati nyawa manusia, menghormati jiran, membantu orang miskin, membantu pelarian, membantu mereka yang daif serta menjaga hak wanita berada di negara Eropah seperti di Finland, Sweeden, Denmark, Netherland, Ireland, New Zealand dan Australia. Semua ini hampir tidak ada di negara Arab yang celik Al-Quran.

Harapan kita bukan sahaja kita celik dan boleh membaca Al-Quran tetapi mampu mengamalkan akhlak Al-Quran. Amanah akan memperjuangkan supaya akhlak Al-Quran itu dilaksanakan. Bukan seperti di negara arab sekarang yang celik Al-quran tetapi akhlak pemerintah dan sebahagian rakyatnya bertentangan dengan cara Al-Quran.

Adalah menjadi cabaran besar pemimpin parti Islam di Malaysia ini supaya kita celik Al-Quran dan berada di bawah naugan Al-Quran. Jangan hanya celik daripada sudut membaca, bertutur dan bercakap bahasa Al-Quran tetapi akhlak kita jauh dari ajaran Islam. – 13 Julai, 2017.
*Mohamad Sabu ialah presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger