Home » » Adakah Peruntukan Wakil Rakyat Yang Diberikan Hanya Untuk Umno Sahaja ?

Adakah Peruntukan Wakil Rakyat Yang Diberikan Hanya Untuk Umno Sahaja ?

Written By Wadah Baru on Khamis, 13 Julai 2017 | 3:24 PTG

Oleh Syed Ibrahim Syed Noh


Tindakan ADUN Gambir, Datuk M Asojan mengagihkan peruntukan pembangunan bernilai sehingga RM250,000 kepada beberapa Ketua Cawangan Umno DUN itu dilihat sebagai langkah tidak tepat.

Langkah sedemikian tidak wajar kerana dikhuatiri peruntukan tersebut tidak sampai kepada rakyat dan disalahguna pihak tertentu tanpa dapat diaudit sepenuhnya pihak bertanggungjawab.

Sepatutnya M Asojan menyalurkan setiap sen peruntukan DUN melalui agensi kerajaan negeri bukan kepada 60 Ketua Cawangan Umno di DUN Gambir kerana ia bertentangan dengan prosedur apabila dibuat melalui parti politik.

Jika tanpa prosedur yang ketat terhadap agihan peruntukan DUN, bagaimana soal semak dan imbang (check and balance) yang telus dapat dibuat?

Perkara seumpama ini perlu diberi perhatian sewajarnya memandangkan salah laku pengurusan sebegini menjadi penyumbang kepada ketirisan kewangan yang berlaku sekarang.

KEADILAN amat memandang berat masalah seumpama ini kerana ia melibatkan soal integriti selain timbul soal ketidakupayaan mana-mana individu yang menerima peruntukan kewangan untuk bersikap telus terhadap aset kewangan yang disalurkan melalui mereka.

Kerajaan negeri juga wajib peka pada soal ini kerana ianya melibatkan soal tadbir urus wang peruntukan DUN, di mana ia perlu jelas penggunaannya melalui jabatan kerajaan negeri dan bukan melalui Ketua Umno Cawangan.

Bukankah menjadi tanggungjawab seorang wakil rakyat untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat di dalam kawasan DUN yang diwakilinya tanpa mengira parti politik. Tetapi jika Umno sahaja yang mendapat habuan, bagaimana nasib seluruh penduduk yang lain?

Saya tidak menolak sebarang usaha kebajikan yang hendak dilakukan, namun cara dan kaedah agihannya perlu telus.

Syed Ibrahim Syed Noh
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Pakatan Harapan

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

Akhbar Rakyat

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger