Home » , » Zaid: Mari kita bergerak tanpa Umno dan PAS

Zaid: Mari kita bergerak tanpa Umno dan PAS

Written By Wadah Baru on Selasa, 4 Oktober 2016 | 2:06 PTG

KUALA LUMPUR: Satu-satunya harapan bagi negara ini adalah apabila rakyat Malaysia percaya ada kehidupan lebih baik selepas Umno dan PAS, kata bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Mencadangkan agar pihak pembangkang melupakan kerjasama dengan PAS, beliau berkata idea yang mencadangkan sesiapa sahaja, kecuali Datuk Seri Najib Razak boleh diterima sebagai perdana menteri juga perlu dibuang.

“Apa yang anda perlu anda lakukan, jangan menerima idea yang mengatakan selagi Najib dikalahkan, maka negara akan pulih.

“Pendapat yang mengatakan pembangkang boleh bersatu, bukan pada prinsip asas politik, tetapi mengenai peruntukan kerusi, maka Najib akan dikalahkan. Saya pernah mendengar mesej politik itu dan terkejut ia masih diperjuangkan dengan penuh semangat oleh mereka yang digelar reformis.”

Bercakap pada satu majlis malam tadi, bekas de facto menteri undang-undang itu mengimbas semasa 1987 apabila Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46 dan mengambil alih Barisan Nasional (BN) dengan pembangkang berbincang dengan perjanjian peruntukan pembahagian kerusi.
Semasa proses itu, Zaid berkata, PAS mengambil alih Kelantan pada 1990 dan kini sedang memerintah negeri itu sehingga hari ini.

“Pada masa itu, adakah Kelantan menjalani transformasi politik dan sosial yang diperlukan untuk maju ke arah demokrasi dan kedaulatan undang-undang? Tidak. Adakah ia kini mengamalkan tadbir urus yang baik? Tidak.

“Adakah Tengku Razaleigh kini menjadi harapan kami? Tidak. Apa yang kita dapat adalah sebaliknya, PAS dengan kuasa politik ala Taliban kini bergerak untuk pindaan di Parlimen bagi mendapatkan kuasa tidak terhad terhadap Mahkamah Syariah, supaya mereka boleh membuka jalan baharu untuk hudud. Begitu banyak untuk satu-sama-satu pertandingan. ”

Zaid berkata dalam tempoh 2008 dan 2013, PAS sekali lagi turut membantu dengan pihak-pihak pembangkang lain – hanya kerana ia bersetuju untuk tidak bercakap mengenai hudud buat seketika.

Namun, katanya wajah sebenar PAS muncul akhirnya apabila ia menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apabila ia berkata DAP menentang Islam dan berbahaya kepada orang Islam.

“Pakatan itu berpecah, dan tidak dapat bertahan kerana ia adalah berdasarkan pada keselesaan. Pada masa itu PAS sudah berkongsi kuasa di Selangor, sehingga hari ini. Ramai pihak dalam PKR masih mahu menerima PAS kerana takut kehilangan kuasa jika meninggalkan PAS. ”

Merujuk kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyidin Yassin, Zaid berkata: “Akhir-akhir ini kita mempunyai seorang lagi pemimpin yang mahu menjadi perdana menteri, dan yang berkata beliau akan membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan situasi ‘satu lawan satu’ dengan BN.

Beliau akan menjadi jambatan bagi berunding pembahagian kerusi kerana PAS berkata ia tidak akan berbincang secara langsung dengan DAP dan Amanah. ”

Zaid menambah: “Idea mengikuti perjuangan satu lawan satu sedang dilakukan mereka yang ingin menjadi perdana menteri. Apa yang mereka perlu lakukan adalah merayu undi bagi pertarungan ‘satu lawan satu’ berdasarkan kepercayaan kesaksamaan politik, tanpa diskriminasi, dan perjanjian untuk menegakkan maruah semua rakyat Malaysia.

“Negara ini tidak memerlukan ahli politik yang menawarkan penyelesaian cepat, hanya dengan menukar perdana menteri. Kita perlu bermula dari bawah untuk membuang semua kesan daripada apa yang berlaku; mengembalikan pemimpin yang jujur, dan menubuhkan satu agenda baharu untuk negara berdasarkan keadilan dan melindungi maruah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.”

Beliau berkata, sama seperti dalam perkahwinan, politik memerlukan memilih rakan kongsi secara berhati-hati.

Mereka harus menjadi rakan kongsi yang komited kepada prinsip-prinsip asas mana negara perlu ditadbir.

“Mereka yang mahu Malaysia bebas daripada pengaruh Taliban, menghargai demokrasi, kebebasan, dan dasar-dasar ekonomi yang lebih saksama untuk rakyat, dan menentang kleptokrasi serta rasuah, harus berdiri di satu pihak, manakala mereka yang ingin hegemoni, dasar diskriminasi dan pemimpin kuku besi, perlu berdiri di sebelah yang lain.

“Itu akan menjadi situasi satu lawan satu, yang kita perlukan. Tetapi kita tidak lihat ia akan berlaku. Semua orang mahu menang dahulu dan fikir kemudian tentang apa yang perlu dilakukan dengan negara ini.”

Zaid berkata bulan lalu, beliau mencadangkan agar PKR, Amanah dan DAP membentuk pakatan yang akan tidak hanya berkisar tentang susunan kerusi dan yang lebih komited kepada wawasan jangka panjang untuk negara.

Beliau mendakwa, ini tidak akan berlaku kerana beberapa pihak dalam PKR percaya mereka tidak boleh hidup tanpa PAS.

“Jika kita mahu Malaysia menjadi lebih baik, kita mesti memulihkan prinsip-prinsip baik dan dasar di mana negara ini ditubuhkan. Tiada kompromi, tidak ada jalan pintas, dan sudah tentu tidak menerima idea yang sesiapa sahaja boleh menjadi perdana menteri. Kita akan terus melakukan kesilapan masa lalu dan tiada apa yang akan berubah.

“Anda semua perlu ingat ini: Tidak ada negara di dunia ini yang menjadi sebuah negara demokrasi moden, sebuah negara yang selamat untuk generasi akan datang, tanpa pengorbanan yang tinggi, termasuk kehilangan nyawa yang tidak berdosa. Saya tidak meminta anda mati demi negara ini, tetapi sekurang-kurangnya berdiri dan mengambil bahagian dalam mempertahankan Malaysia yang pernah kita kenali, walaupun ia mengambil masa yang lama untuk mencapai kejayaan.”

Sambil memberitahu ramai rakan yang bertanya tentang rancangannya, Zaid menambah beliau mempunyai 50% peluang untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Saya kata 50% bagi beberapa sebab berikut. Satu, saya mempunyai kes jenayah yang belum selesai terhadap saya, didakwa kerana menghina perdana menteri (Najib) apabila saya berkata beliau berbahaya dan perlu berundur. Walaupun peguam saya M Puravalen dan Americk Sidhu adalah yang terbaik, saya masih mempunyai 50% peluang didapati bersalah dan hilang kelayakan untuk bertanding.

“Jika itu tidak berlaku, maka saya mempunyai 50% peluang menyertai sama ada DAP atau Amanah. Saya berharap mereka akan menerima dan memberikan saya tempat jika saya memohon untuk menyertai mereka.

“Akhirnya walaupun saya ingin bertanding, saya hanya mempunyai 50% peluang bagi mengumpulkan dana mencukupi untuk membiayai pilihan raya, kini terdapat cadangan di bawah undang-undang baharu yang menetapkan tiada had bagi perbelanjaan kepada calon pilihan raya, satu cadangan yang akan membawa bencana kepada calon pembangkang dengan kemampuan wang yang sedikit,” kata Zaid.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger