Cara Najib Bahaya

Sabtu, 3 Disember 2016

Oleh Mohd Sayuti Omar

Cara dan tindakan Najib Razak memberi kata dua kepada rakyat Malaysia khasnya mereka yang berhak mengundi dalam Piraum ke 14 nanti bergerak ke arah perlawanan satu lawan satu bukan antara parti Umno bersama komponen BN dengan komponen pembangkang, tetapi satu lawan satu di antara Melayu dengan Cina. Najib telah cuba mempopularkan perlawanan antara kaum.

Najib ketika merasmikan politik baharu itu membuka pilihan kepada pengundi apakah mahukan kepada Umno (Melayu) atau DAP (Cina). 

Cara Najib itu adalah berbahaya bukan sahaja kepada kaum lain yang berada di negara ini tetapi kepada bangsa Melayu juga. Tindakan beliau telah memusanahkan integrasi nasional yang dibentuk selama ini. Kenapa Najib bertindak demikian kerana beliau dalam situasi tertekan (desperate) yang amat sangat. Orang yang putus akal selalunya akan bertindak di luar dugaan.

Orang yang dalam keadaan terdesak akan hilang kewarasan sanggup mengguna dan melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri. Persis anjing yang tertimpa batu, ia akan mengigit dan menerkam betis sesiapa sahaja walaupun orang yang datang itu ingin membantunya.

Terlalu kejam untuk dianalogikan tindakan Najib itu sebagai anjing, tetapi jika diteliti ia ada persamaaan. Politik kalau sudah lebur rasa perikemanusiaan, maka menjelmalah peri kehaiwanan. Trims.

Amanah generasi kedua parti Islam di Malaysia

Rabu, 30 November 2016

Oleh MUAMMAR QADDAFI 

Saya maklum dengan satu tulisan Ustaz Riduan Mohamad Nor yang seakan tidak dapat menerima hakikat bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) merupakan generasi kedua parti islam, dan satu satunya hujah balas beliau adalah mengkritik dari sudut kelahiran Amanah sendiri yang dakwanya Amanah hanyalah parti yang muncul berbekalkan alasan tewas di muktamar Pas ke-61 tahun lalu.

Beliau membandingkan sejarah parti generasi kedua Islam diluar seperti AKP di Turki, PKS di Indonesia adalah jauh sekali dengan sejarah penubuhan Amanah, mungkin penulis tidak tahu, selain punyai persamaan dalam asas pemikiran, kekalahan kelompok progresif dalam Muktamar "parti Islam" di Turki juga pernah mengambil tempat.

Apabila parti Refah dibubarkan pada 1998, kalangan Islamis telah menubuhkan Parti Kebajikan (Fezilet Partisi) namun pasca pembubaran Refah, telah timbul pergeseran dalam kalangan Islamis terutama antara kelompok konservatif dan pembaharu (reformis).

Kelompok reformis yang dipimpin Erdogan mahukan pendemokrasian yang lebih meluas dalam parti manakala kelompok konservatif mahu mengekalkan model kepimpinan Sang Hoca (Erbakan). Cadangan Erdogan ditolak keras Erbakan.

Oleh kerana Erbakan dilarang berpolitik, kepimpinan parti diserahkan kepada Kutan, orang setia Erbakan. Walaupun kepimpinan Kutan mendakwa cuba meluaskan agenda demokrasi dalaman parti namun kelompok reformis mendakwa kepimpinan Kutan lebih menfokuskan untuk cuba membawa masuk kembali Erbakan dalam pentas politik Turki yang menurut kelompok reformis akan menjadi halangan proses reformasi dalaman parti yang diperlukan menjelang PRU yang bakal tiba.

Ketika inilah perseteruan dalaman Fezilet mula kelihatan jelas, dan apabila tiba PRU, Fezilet mengalami kegagalan apabila perolehan undinya jatuh kepada 16% berbanding 21% sebelumnya.

Pasca PRU, perpecahan semakin meruncing apabila Abdullah Gul yang merupakan sekutu Erdogan ketika itu berundur dari kepimpinan parti bersama lima tokoh reformis dan secara terbuka menentang kepimpinan Kutan. Erbakan membuat dakwaan bahawa kelompok ini bekerjasama dengan kumpulan sekular untuk menyingkirkan dirinya namun Erdogan berhujah bahawa yang melemahkan parti adalah kerana model lama kepimpinan Erbakan.

Cubaan mengambilalih kepimpinan parti dan menjatuhkan Kutan oleh kumpulan reformis mengambil tempat dalam muktamar parti namun kelompok reformis gagal dengan peroleh undi yang lebih kecil berbanding kelompok pro konservatif yang dipimpin Kutan, pemimpin pilihan Erbakan.

Pasca muktamar, pergeseran dalaman Fezilet masih tiada kesudahan, namun sebelum perpecahan semakin melebar, mahkamah perlembagaan dibawah kuasa tentera membubarkan Fezilet, dan tregedi ini telah menjadi rahmat kepada kelompok islam apabila pembubaran ini membebaskan kedua kelompok bertelagah dan masing masing bebas memilih jalan politik sendiri.

Maka selepas peristiwa inilah tertubuh dua parti baru dari dua aliran pemikiran parti lama iaitu Parti Saadet pimpinan Kutan (mengekalkan idealogi parti lama) manakala Abdullah Gul menubuhkan Parti Keadilan Dan Kesejahteraan (AKP).

AKP terdiri dari tokoh reformis parti lama, mereka adalah kelompok yang tidak menjunjung pemikiran generasi pertama (Gen 1) sebaliknya mereka adalah Gen 2 parti Islam. AKP masih mengekalkan model asas Refah namun AKP mengerakkan model kepimpinan karismatik, meluaskan demokrasi dalam parti, telus dalam mengambil keputusan dan membuka ruang terbuka bagi mendebatkan dasar dasar parti.

Nah, tidak wujudkah persamaan dalam penubuhan Amanah dan AkP, ya benar tidaklah 100% sama kerana Pas tidak pernah dibubarkan namun pertembungan dua pemikiran, reformis dan konservatif itu berlaku pada keduanya. Asas pemecahan itu adalah sama!

Dan lebih menarik, Parti Saadet pimpinan Kutan, dalam berdepan AkP mereka melakukan serangan tidak bermoral seperti mengelarkan Erdogan dan Abdullah Gul sebagai pengkhianat gerakan Islam, pernah dengar yang seumpama ini di Malaysia? tepuk dada!

AkP juga dituduh meninggalkan perjuangan islam demi cita cita kekuasaan, ini juga skrip sama diciplak musuh Amanah di Malaysia.

Pada 3 November 2003, berlangsungnya PRu Turki, perolehan undi parti Saadet hanya berjaya meraih sekitar 2.5% undi yang bermaksud menamatkan karier politik mereka di parlimen sebaliknya AkP berjaya meraih 34% dari undi dan percaya atau tidak, kawasan "tegar" Rafah, iaitu parti yang lama sebelum ini telah memberikan undi yang sangat besar kepada AkP.

Ini kalau mahu dibuat perbandingan "sejarah" , namun ada hujah yang lebih benar tentang kewujudan Amanah sebagai parti Islam generasi kedua.

Mungkin sebagai AJK Kesenian dan Kebudayaan Pas Pusat, sememangnya imiginasi dan daya kreatif beliau dalam membentuk "public Opinion" masyarakat bahawa Amanah merupakan parti yang tertubuh kerana kalah di muktamar boleh dipuji.

Walau bagaimanapun adalah tidak wajar untuk masyarakat mendengar dakwaan tersebut tanpa "tabbayyun" dengan pihak Amanah terlebih dahulu, apakah benar Amanah ditubuh kerana faktor kecewa dengan keputusan muktamar lepas?

Amanah lahir dalam suasana pertembungan dua dimensi besar iaitu melibatkan krisis dalaman parti dan kedua wujud juga Amanah adalah kerana negara kita berterusan dilanda krisis yang serius. Amanah lahir setelah Pas gagal mewujudkan solusi untuk dua permasalahan ini.

Setelah lebih 50 tahun wujud, Pas sentiasa gagal mendominasi politik negara, lihat pada Pru pada tahun 2004 Pas hanya peroleh sejumlah 0 kerusi di DUN Selangor dan itulah tapak tegar Pas, kekalahan ini berlaku tidak lama selepas Pas melancarkan Dokumen Negara Islamnya, namun pada 2008, agenda Negara Islam diganti dengan Negara Berkebajikan dan Pas melancarkan slogan keramat "Pas For All" telah berjaya membunuh prejudis rakyat Malaysia yang bukan beragama islam terhadap Pas, disini Pas mula membina kekuatan dan mampu menjadi kuasa yang bakal meruntuhkan Umno Bn di peringkat pusat.

Namun begitu pasca PRU 13, pengaruh idea "Negara Islam" kembali bertapak dan telah mewujudkan kembali pertelingkahan besar antara kelompok konservatif dan Reformis di dalam Pas. Maka usaha untuk saling mendominasi berlaku namun malangnya, ada pihak menggunakan sentimen dan kempen buruk untuk menjatuhkan pihak lawan mereka, diberi perbagai gelaran seperti munafik haraki, liberal dan kafir sehinggalah mengeluarkan 1001 fitnah yang akhirnya menyebabkan kelompok reformis tersingkir dari kepimpinan utama Pas pada muktamar lepas.

Disinilah bermulanya langkah kedua kumpulan reformis, atau turut dijoloki sebagai "Pro- Erdogan" oleh kumpulan konservatif iaitu menubuhkan sebuah parti baru yang bakal membawa idea perjuangan mereka sendiri. Kekalahan pada muktamar itu hanyalah alat percepatkan penubuhan Amanah, kerana sebelum itupun, perpecahan dalaman Pas telah parah dan kritikal.

Untuk menyambung perjuangan Islam yang lebih besar, kelompok reformis di dalam Pas terpaksa melakukan anjakan sebagai penganti kepada Pas yang telah kembali ke kotak pemikiran lama.

Pas meletakkan islam sebagai agama yang menghukum sehinggakan tindakan tindakan tidak bermoral seperti takfiri, mengkafir harbi kembali dalam pentas politik Malaysia, hal ini sekaligus menjauhkan masyarakat kepada Pas bahkan ramai ahli Pas telah lari dari parti, dan mereka inilah yang menjadi aktivis parti Amanah hari ini.

Amanah berpandangan, kewujudan perbagai pandangan, keperbagaian kaum dan agama adalah untuk kita saling kenal dan saling hargai, bukan sebaliknya untuk berbalah dan saling memusuhi. Amanah yakin bahawa yang paling hampir dengan Allah adalah mereka yang berkeupayaan untuk mengurus keperbagaian.

Kita berharap yang mendakwa Amanah ditubuh oleh mereka yang tewas di muktamar juga tidak lupa bahawa sebelum muktamar, tuduhan melulu tanpa usul periksa seperti "baruah" telah dihamburkan oleh pucuk pimpinan kepada pimpinan yang dilihat tidak sehaluan dengan presiden parti.

Para reformis juga menerima musibah diserang dan harta dimusnah dan lebih malang apabila pihak pimpinan bagai tidak mempeduli, bahkan dilihat meredhai tindakan tersebut, saya tertanya tanya dimana suara Ustaz Riduan ketika ini untuk menegur sikap penyokong yang begitu agresif ini, budaya kekasaran ini terus dibawa penyokong Pas sehingga hari ini.

Amanah adalah jalan keluar atau rumah baru kepada golongan reformis sudah tiada masa depan dan menghadapi jalan buntu dalam parti yang sudah tiada lagi belas kasihan terhadap mereka.

Maka, jika ada yang bertanyakan adakah Amanah merupakan generasi kedua parti Islam di Malaysia, maka jawabnya: Ya, Amanah merupakan generasi kedua parti Islam di Malaysia, Amanah membawa nilai tambah baru dalam arena politik negara, membawa tafsiran baharu kepada makna "perjuangan islam" yang tidak terhad hanya kepada untuk meminda akta mahkamah syariah dan slogan slogan retorik bersendikan agama, namun gagal dalam memperjuangkan maqasid syariah kepada rakyat dan negara, Amanah juga merupakan alternatif kepada Pas, generasi pertama parti Islam, dan saingan baru kepada Umno Barisan Nasional.

Kenapa Perhutanan Kelantan dakwa majoriti Orang Asli yang ditahan bukan dari Kelantan?

Oleh ARIF ATAN 

Seramai 47 Orang Asal yang ditangkap ketika Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan merobohkan sekatan jalan di laluan lori balak semalam, majoritinya berasal dari Kelantan.

Senarai mereka terbabit berserta kad pengenalan seperti yang diperoleh Malaysia Dateline hari ini mendapati hanya lima daripadanya mempunyai kod negeri dari Perak manakala seorang sahaja dari Selangor.

Kesemua mereka adalah lelaki berusia seawal 22 hingga 52 tahun yang ditahan selepas dua kawasan sekatan Orang Asli iaitu di Simpang Petei, Pos Tohoi dan Kampung Peralong, Pos Bihai dirobohkan.

Semalam, Harakahdaily memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah mendakwa hampir kesemua mereka yang ditahan kononnya bukan penduduk tempatan tetapi berasal dari Pahang dan Perak.

Dalam perkembangan berkaitan, Radhi Chu Abdullah hari ini dipetik dari laman berita rasmi Pas itu juga berkata, kesemua Orang Asli yang ditahan dibawa ke Mahkamah Sesyen Gua Musang.
"Mereka diambil tindakan pendakwaan mahkamah di bawah kesalahan Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya.

Tambahnya lagi, setiap individu akan didenda sebanyak RM50,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan menduduki tanpa permit.

Ramai lagi pemimpin Umno Kedah sertai Amanah menjelang PRU14

Tidak dapat dinafikan ramai lagi pimpinan Umno Kedah akan meninggalkan parti tersebut menjelangnya pilihan raya umum ke 14 yang akan datang, kata Ketua Pemuda Parti Amanah Kedah Asmirul Anuar Aris.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini ramai bekas pimpinan Umno dari pelbagai peringkat dan sayap telah menyertai Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) di Kedah, kejutan ini mampu menggoncang kedudukan Umno tidak lama lagi.

"Terdapat beberapa lagi tokoh Umno yang amat disegani di Kedah telah pun menyatakan hasrat mereka untuk meninggalkan Umno tidak lama lagi.

"Cumanya masa yang akan menentukan untuk mereka mengisytiharkan diri menyertai komponen Pakatan Harapan di Kedah.

"Saya optimis bukan saja tokoh-tokoh yang berpengaruh akan meninggalkan Umno Kedah, sebaliknya penyokong mereka juga akan turut serta, " jelasnya lagi.
Asmirul juga berkata antara pimpinan yang akan meninggalkan Umno merupakan tokoh yang mempunyai pengaruh.

"Mereka ini memilki kriteria kepimpinan yang menjadi pilihan rakyat.
"Salah seorang dari pimpinan ini adalah dari Bahagian Baling yang turut akan menyertai Bersatu tidak lama lagi.

"Keberanian mereka meninggalkan Umno membuktikan bahawa Umno sudah tidak lagi relevan untuk membela nasib orang Melayu dan juga rakyat di Kedah, " tegasnya lagi.
Malah katanya, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin lemah dan terpalit dengan pelbagai dakwaan skandal menjadi punca ramai yang akan meninggalkan Umno tidak lama lagi.

Tambah Asmirul lagi, hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan Najib turut mempengaruhi tindakan yang diambil walaupun ramai antara tokoh-tokoh tersebut adalah orang yang berpengaruh di Baling dan juga Kedah.

"Pengaruh yang ada pada Tun Mahathir sebagai pemimpin telah masak dengan sepak terjang Umno Kedah juga mempengaruhi sokongan yang diambil oleh pimpinan tersebut kali ini.
"Selain itu sokongan yang ada pada Datuk Seri Mukhriz sebagai bekas Menteri Besar Kedah yang disegani dan dekat dengan 'grass root' Umno juga menjadi faktor kepada sokongan yang akan menjadi realiti tidak lama lagi.

"Kejutan ini nanti akan memberi satu tamparan hebat bukan saja kepada kepimpinan Umno Kedah, tetapi juga kepada kepimpinan Najib yang penuh dengan seribu satu macam persoalan yang meragukan, " ujarnya lagi.

Bebaskan tahanan Orang Asli atau SUK Kelantan dikepung

Pemuda Amanah Kelantan mendesak supaya kesemua Orang Asli di Gua Musang yang ditangkap ekoran operasi merobohkan halangan (blocked) di laluan pengeluaran hasil balak hari ini segera dibebaskan.

Ketuanya, Hazmi Hassan berkata, penangkapan Orang Asli di hulu negeri itu hanya kerana mereka mempertahankan hutan yang sedang digondol rakus oleh pembalak berlesen adalah akibat kelemahan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan.

“Jika mereka terus menangkap Orang Asli di sana, ini bermakna tiada beza antara Kelantan dan Israel. Kezaliman tetap sebuah kezaliman walau dilakukan oleh sang kopiah putih berjubah labuh.
“Kita perlu mengepung Pejabat SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan), biar mereka rasa bagaimana ‘nikmat’ dikepung. Bebas Orang Asli atau SUK dikepung!” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas langkah kerajaan negeri Kelantan menyelesaikan konflik antara masyarakat Orang Asli dengan syarikat pembalak, Hazmi mempersoal sejauhmana proses rundingan melibatkan kedua-dua pihak terbabit telah dilakukan.

“Sehingga kini, berapa kalikah wakil Kerajaan Kelantan telah membuat perundingan bersama Orang Asli bagi membuat keputusan yang bersifat situasi menang-menang ini?

“Jelas, MB (Menteri Besar) dan TMB (Timbalan Menteri Besar) Kelantan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap isu pembalakan dan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan membela kebajikan rakyat telah gagal sepenuhnya dalam hal ini,” bidasnya.

Menyifatkan penindasan dan ancaman terhadap komuniti Orang Asli di negeri itu seperti nasib dialami rakyat Rohingya, beliau menyeru supaya memperbanyakkan doa.

“Doakan semoga Orang Asli diberi perlindungan. Banyakkan membaca Qunut Nazilah, agar pihak yang menzalimi diberi keinsafan atau dijatuhkan bala dari Allah.

“Jika kita bersedih dengan nasib rakyat Rohingya yang dizalimi oleh rejim Myanmar, maka apalah bezanya antara Rohingya dan Orang Asli di Gua Musang yang sama dizalimi oleh rejim pemerintah ini,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 23 November lalu dilapor berkata kerajaan negeri akan mengenakan tindakan undang-undang ke atas Orang Asli jika rundingan supaya membuka halangan terbabit gagal.

Siang tadi gerombolan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bersama polis, FRU dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu dan memusnahkan halangan berkenaan dan menangkap 41 Orang Asli.

Turut dirosakkan beberapa rumah Orang Asli manakala telefon bimbit dan kamera dirampas. Kesemua mereka yang ditahan berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Kelantan: sudah tidak watak-watak bersaksiah seperti Ummar Khatab, Umnu Ibnu Aziz ..

Oleh Mohd Sayuti Omar

Malam tadi saat kita nyenyak tidur, orang2 Umno kekenyangan kerana dibelanja makan malam sempena perhimpunan, tetapi Orang Asli di Gua Musang tidak tidur kerana memikirkan nasib mereka.

Mereka tinggal bangsal dan pondok untuk berhimpun di Gua Musang mendesak agar orang mereka yang ditangkap polis dilepaskan.

Perkara itu berlaku di negeri Kelantan yang diagungkan sebagai negeri memerintah secara Islam. Saya nak tanya apakah di negeri itu sudah tidak watak-watak bersaksiah seperti Ummar Khatab, Umnu Ibnu Aziz yang sanggup turun merayau waktu malam melihat nasib rakyat?

Apakah watak-watak itu ada dalam mulut pemimpin sahaja tetapi keperibadian itu tidak ada dala hati mereka. Keindahan Islam itu lekat pada kertas dalam kitab tetapi terhakis dari hari manusia.

Saya akan sentuh dan ulas mengenai nasib Orang Asli di Gua Musang yang berjuang membela diri dan kehidupan mereka sehinga ada yang kini meringkuk dalam sel. Tunggu dalam blog saya lewat petang ini. Wassalam Mso.

Orang Asal Pahang, Perak ditahan di sekatan balak

Selasa, 29 November 2016

GUA MUSANG: Seramai 47 Orang Asal direman ekoran membina sekatan laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, di mana ia bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984.

Hampir kesemua Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut bukan penduduk tempatan, sebaliknya berasal dari Pahang dan Perak.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah berkata, mereka yang terlibat dibawa ke Mahkamah Seksyen Gua Musang.

"Mereka diambil tindakan di bawah kesalahan Seksyen 32 dan Seksyen 47 serta Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984," katanya selepas operasi meroboh sekatan tersebut hari ini.

Operasi merobohkan blockade dan pondok dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri turut dibantu 62 anggota dan sembilan pegawai polis.

Jika disabit kesalahan mereka yang menduduki kawasan hutan simpan kekal tanpa permit boleh didenda sebanyak RM50,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Suprintendan Yap Sow Sing menganggap operasi tersebut sebagai berjaya menepati sasaran.

Menurutnya, objektif operasi berkenaan hanya bertujuan meruntuhkan blockade dan bangunan selain memberi keselamatan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan.

"Hanya beberapa orang sahaja yang bawa senjata, kalau kita mengikut SOP apabila kita beruniform menjalankan tugas kita kena dilengkapkan senjata.

"Tetapi oleh kerana kita buat penilaian yang mereka (Orang Asal) tidak melawan dan tugas kita memberi jaminan keselamatan Jabatan Perhutanan," katanya.

Radhi juga berkata bagi memastikan Orang Asal tidak lagi membina sekatan pihaknya akan membuat rondaan kerana ia membabitkan kawasan hutan simpan kekal.

Kata beliau juga aktiviti pembalakan diteruskan semula atau tidak, itu diserahkan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya juga Orang Asal tidak boleh mengadakan sekatan dalam hutan simpan kekal kerana kawasan itu berada di bawah pegawasan Jabatan Perhutanan selaras Akta Perhutanan Negara 1984

Sejarah kekalahan PAS tanpa pakatan politik

Rabu, 23 November 2016

Oleh Awang Malaya

Kalau mahu menilai kehebatan PAS, maka lihatlah keputusan pilihan raya umum 1978, 1982, 1986
dan 1995…..

PRU 1990 susah nak kira kekuatan sebenar PAS kerana bergabung dengan Parti Semangat 46, dan hasil gabungan itu memberi keuntungan yang sangat besar kepada PAS khususnya di Kelantan….
Manakala PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, sokongan terhadap PAS banyak dibantu oleh rakan dalam Pakatan iaitu PKR dan DAP terutamanya di pantai barat.

Sejak PAS bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Barisan Nasional dalam tahun 1977, Pilihan raya Umum 1978 ialah pilihan raya pertama di mana PAS bertanding sendirian.

Bertanding sendirian

Keputusan PRU 1978, di Kelantan, PAS hanya menang 2 dari 36 Dun yang dipertandingkan, manakala untuk parlimen, PAS menang 2 daripada 10 kerusi.

Di Terengganu, BN menyapu bersih semua kerusi Dun dan parlimen yang dipertandingkan.
Di Kedah, PAS menang 7 daripada 26 Dun, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen.
Di Pulau Pinang, PAS menang 1 daripada 26 kerusi Dun dan 1 daripada 9 kerusi parlimen.
Hanya itulah saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1978…. Maknanya, di parlimen, wakil rakyat PAS hanya 3 orang sahaja, iaitu 2 dari Kelantan dan 1 dari Pulau Pinang.

Paling malang

Pilihan raya umum 1982….. Di Kelantan, PAS menang 10/32 DUN, manakala untuk parlimen, PAS menang 4/12 kerusi di Kelantan…

Di Terengganu, PAS menang 5/28 kerusi DUN, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen… Dun yang dimenangi oleh PAS ialah Rhu Rendang (Haji Abdul Hadi Awang), Batu Buruk (Wan Mutalib Embong), Wakaf Mempelam (Mustafa Ali), Manir (Harun Taib) dan Teluk Pasu (Abu Bakar Chik).

Di Kedah, PAS menang 2/26 kerusi Dun, dan menang 1/13 kerusi parlimen.

Di Perlis, PAS menang 1/12 kerusi DUN sahaja.

Hanya itu saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1982…. Di parlimen, PAS hanya ada 5 orang wakil rakyat, iaitu 4 dari Kelantan dan 1 dari Kedah.

Pilihan Raya Umum 1986, PAS menang 10/39 DUN di Kelantan, 2/32 DUN Terengganu, menang 3/28 DUN di Kedah dan 1/12 DUN di Perlis, di Parlimen hanya 1/13 kerusi parlimen negeri Kelantan iaitu di Pangkalan Chepa yang diwakili oleh Allahyarham Hj. Nik Abdullah Arshad, bapa kepada Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang… Itulah satu-satunya kerusi PAS di parlimen pada waktu itu.

Kerjasama APU

Pada Pilihan Raya Umum 1990 PAS dapat memerintah Kelantan hasil kerjasama dengan Semangat 46 di mana PAS menang semua 24 kerusi, Semangat 46 menang semua 13 kerusi, Berjasa dan Hamim masing-masing menang 1 kerusi dan BN kalah di semua 39 DUN. Di peringkat parlimen PAS menang kesemua 6 kerusi dan 7 kerusi di raih oleh Semangat 46…. BN kalah di semua kerusi parlimen.

Di Terengganu PAS menang 1 kerusi Parlimen dan satu oleh Semangat 46 dan di DUN Terengganu PAS hanya menang 3/32. Sementara itu di Kedah kemerosotan PAS amat ketara kerana hanya memenangi 1 DUN sahaja.

Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan kemenangan di Kelantan dengan memenangi 24 kerusi, 12 kerusi oleh Semangat 46 dan BN berjaya merampas 7 kerusi DUN dari 41 yang dipertandingkan. Peringkat Parlimen PAS menang 6 kerusi sementara Semangat 46 menang 6 dari 8 kerusi yang bertanding, iaitu kalah di Peringat dan Jeli.

Di Terengganu PAS masih mengekalkan satu kemenangan di Parlimen Marang.

Barisan Alternatif

Pilihan Raya Umum 1999 merupakan lonjakan pengaruh PAS di seluruh negara ekoran perpecahan UMNO apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. PAS Kelantan meningkatkan kemenangan kepada 41/43 DUN. Pilihan raya kali ini PAS bekerjasama melalui Barisan Alternatif (BA) iaitu melibatkan DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM. Di Kelantan Keadilan tidak bertanding di DUN dan hanya bertanding 3 Parlimen dengan memenangi kesemuanya sementara PAS bertanding 11 Parlimen tetapi tewas 1 iaitu di Gua Musang.

Kejayaan pilihan raya atas nama BA juga membolehkan PAS memerintah Terengganu apabila memenangi 28/32

Tumbangkan atau kekalkan BN ?

Isnin, 21 November 2016

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

Rakyat Malaysia ada dua pilihan, tumbangkan atau kekalkan BN. Kekalkan BN, maknanya membiarkan negara menuju punah.Tumbangkan BN maksudnya membina harapan utk rakyat hidup lebih bermakna. 

Aku memilih untuk tumbangkan BN. Bagi aku, itulah pilihan terbaik buat masa ini. Maka, apabila aku dapati tindakan dan pendirian Pas memberi nyawa kepada BN, aku tinggalkan Pas.

Apabila aku dapati kerjasama Amanah dgn DAP dan PKR mampu tewaskan BN, aku dukung penubuhan PH. Apabila aku dapati Mahathir dan Muhyiddin berpotensi menangkan PH, aku teruja mereka bersama PH.

Apabila aku dapati Bersih 5 mampu gugat BN, aku sertai dan sokong Bersih 5. Apabila aku nampak sokongan kaum Cina mustahak utk undurkan BN, aku bersama mereka w/pun berbeza agama dan ras.

Tidak susah pun untuk buat pendirian politik sebegitu, sebab fokus aku ialah selamatkan rakyat daripada kerakusan dan kebejatan BN. Kalau ada orang yg pening dan keliru utk buat pendirian, aku fikir orang itu ada khauf (takut) dan hazan (bimbang) dalam dirinya.

Nak lawan BN takut dan bimbang terjejas peluang itu atau ini. Tak lawan BN takut dan bimbang dilihat tidak bersama arus rakyat.

Akhirnya ambil sikap rasa diri bersih dan suci dan pura-pura tidak memihak. Sikap itu disulam indah dgn dalil agama dan kaedah fiqh dan usul yg dihafal utk menonjolkan kononnya sikap sebegitu berpaksikan ilmu.

Kepada agamawan sebegitu, aku katakan, kamu mesti memimpin bukan mengekor. Sepatutnya kamu yg tampil ke hadapan membela masa depan rakyat, bukan membiarkan rakyat marhaen yg terkehadapan dan kamu menumpang hasil dan titik peluh mereka.

Patutkah agamawan menjadi parasit?

*Psikologi Seorang Penghina Bersih*



1. Sindir perlekeh Bersih dengan semangat berkobar. Scroll Facebook dari pagi sampai petang dengan tengok ribuan Kuning berhimpun dan berarak.

2. Duduk berjam-jam smpai panas kerusi/sofa atau baring di katil sampai panas macam budak-budak sekolah kena denda siapkan kerja sekolah kalau tak, tak boleh balik rumah.

3. Tak tau apa berlaku sebab tak turun dan lihat dengan mata akal sendiri, salahkan orang ramai tak turun tak seramai kalau Pas turun seperti dlm Bersih sebelum ini. Padahal signal jammed itulah buktinya begitu ramai Kuning membanjiri ibu negara. "Diorang berhimpun esok Najib pun masih PM! BODOH!", Kau terus memaki.

4. Tertanya-tanya apa berlalu. Tapi sambil tu jerit-jerit "DAP babi" atau "PAN bodoh." Mesti tulis sesuatu di FB yang menampakkan himpunan hambar, ramai Cina.

5. Nampak orang posting join Bersih sambil berselfie dlm hati jerit "bodoh."

6. Masih lagi tak tau apa berlaku. Terus duduk scroll Fb, WhatsApp sampai kerusi panas rentung. Ramai komen teruja dengan Bersih dengan berkongsikan kemeriahan Bersih tapi kau hanya tahu maki tapi orang ramai tak peduli kau melalak sebab semua orang tak tahan tengah menahan panas dengan kleptokrasi Najib Umno BN.

7. Masuk solat Zohor, nak nampak ulamak up status FB ajak solat, tak pun tazkirah, tinggalkan perkara lagha bla bla bla sampai pukul 2 lebih, tak solat2 Zohor lagi!
8. "Apa yang berlaku? Tak ada apa yang berlaku pun." Terus terpinga-pinga depan laptop, depan handphone.

9. Dapat tau FRU dah mula mara. Tengok dari skrin. Sekali FRU berkawad dua baris dengan belantan dan riot shield. Gelak, gelak dan gelak tengok sebahagian demonstran lari mencanak.

10. Pindah tempat duduk yang lebih selesa, cuba tengok kuota internet cukup lagi ke tak nak bikin troll dan klik video di KiniTV sambil sesekali bukak kopiah garu2 kepala.
11. Mula struggle memikirkan apa yang nak dikutuk dengan ramainya rakyat Malaysia datang Bersih. Minda tertanya-tanya dengan diri sendiri.

12. Oleh kerana tak nak ego tercalar, sedapkan hati dengan ayat:
Tahniah DAP, ada "Unit Amal" DAP dah sekarang ni.
Kalau PAS, Jabatan Amal dengan moto Beramal Kerana Allah.
Yang ni Beramal Kerana............... ?

13. Masih di rumah tengok jam eh dah nak dekat pukul 4, cepat2 solat Zohor. dlm solat pikir lagi apa aku nak tulis untuk catatan 'Psikologi Seorang Penyokong Bersih'.

Oh ya, Aku akan tulis mesti diorang "Dalam LRT nampak orang pakai baju kuning, tegur. Solidariti pejuang. Rasa macam askar baru balik perang." Tetiba, terlupa, eh ni rakaat 3 ke 4!

14. Habis bagi salam dengan anggap dah rakaat 4, terus capai handphone nak sambung kutuk Bersih semula. Up status keji semua benda pasal Bersih.

15. Terpaksa yakinkan diri lagi sekali yang kau dah achieve something dengan kata-kata semangat untuk yakinkan diri kau sendiri. "Apa aku buat tu besar maknanya." untuk imej parti sebab *LASAK* bajet macam sendiri kahwin je, nak letak gambar dlm FB pun segan.

16. Bukak video ucapan pemimpin pembangkang dan bersih untuk tengok reaksi diorang. Kebanyakan video kau akan kata tu semua akan kata benda tu semua gagal, himpunan tak ramai orang, rmai Cina, ada agenda Kristianisasi bla bla.

17. Pandang cermin sambil cuba meyakinkan diri yang apa kau kutuk pada Bersih tu bermakna.
18. Tapi kau tak boleh buang dari kepala kau yang kau kutuk tu sebenarnya lebih banyak melondehkan kebodohan sombong kau, tak tahu apa dan duduk jadi pahlawan perang di media sosial.

19. Pandang semula cermin sambil yakinkan diri lagi sekali yang setiap perkataan yang kau tulis untuk perlekeh Bersih itu sebab nak tunjukkan kau amal budaya politk natang dan sejahtera (BPMS).

20. "Eh, aku kena game dengan politician parti tiket sorga ke? Tak lah. Takkanlah aku sebodoh itu? Mustahil aku kena game. Aku walak," kata anda kepada diri sendiri.-FB Arif Atan

Halal atau haram? Bersih 5 menurut Islam

Rabu, 16 November 2016

Oleh Lokman Salleh

Islam membenarkan demonstrasi untuk meluahkan perasaan secara aman. Namun, bagaimanakah kaedah yang sepatutnya supaya ia selaras dengan syariat?

Meluahkan perasaan secara kolektif merupakan fitrah manusia, terutamanya manusia bertamadun. Ia termasuklah menyatakan sokongan serta dokongan, menyambut kepulangan orang yang disayang seperti pemimpin, atau orang yang mempunyai tempat di dalam hati kumpulan atau masyarakat, dan juga melahirkan bantahan ataupun pendapat yang berlainan.

Isunya bukanlah berkenaan boleh atau tidak untuk berdemonstrasi. Sebabnya di dalam Islam, sebarang perbuatan selain amal ibadat khusus adalah harus dan tidak memerlukan dalil untuk menunjukkan kebenarannya, selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya.

Ulama fiqh menyatakan: “Hukum asal bagi sesuatu perkara (yang tidak disebutkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah) adalah harus selagi mana tidak menghalalkan yang jelas haram, ataupun mengharamkan yang jelas halal.”

Malah masyarakat berkumpul untuk menzahirkan perasaan acapkali berlaku di zaman Nabi.
Sebagai contoh, sambutan penduduk Madinah yang menyambut kedatangan Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dari Mekah, perarakan penduduk Madinah ketika menyambut kelahiran Abdullah bin Zubair, ataupun penzahiran kekuatan kaum Muslimin dengan bertawaf sekeliling Kaabah di Mekah sewaktu Umar al-Khattab memeluk Islam.

Kesimpulannya, perbuatan seperti demonstrasi tidak diharamkan sama ada di dalam Al-Quran mahupun Sunnah.

Bagaimanakah kaedah atau cara bagi mengimbang di antara mudarat di sebalik demonstrasi seperti gangguan kepada peniaga di sekitar tempat demonstrasi? Dan, apakah langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengatasi permasalahan ini?

Demonstrasi seringkali membawa keuntungan bagi para peniaga. Logiknya adalah, apabila ramai orang berhimpun, maka semakin ramai pelanggan yang akan datang membeli barang berbanding hari-hari biasa.

Namun, janganlah pula pihak berkuasa memomokkan demonstrasi ini dengan menyamakannya seperti pemberontakan ataupun rusuhan. Itu isu lain.

Perhimpunan aman adalah satu peluang untuk para peniaga mendapat pelanggan yang lebih ramai berbanding hari-hari lain.
Pihak berkuasa juga janganlah memprovokasikan para demonstran ataupun menangkap mereka sesuka-hati.
Kita seharusnya mengambil contoh daripada para anggota keselamatan di negara-negara maju seperti Amerika, UK, negara-negara Eropah, Jepun, Korea Selatan dan lain-lain lagi dalam membantu para demonstran agar demonstrasi berjalan lancar dan tidak menganggu trafik.

Kekecohan demonstrasi hanya berlaku apabila ada pihak yang membuat provokasi. Dalam kes ini rakyat Malaysia, samada para demonstran mahupun pihak anggota keselamatan haruslah saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan berusaha memastikan keamanan terjaga.

Justeru, kerajaan haruslah juga mengambil teladan daripada kerajaan negara-negara maju. Yakni, professional dan bersedia mendengar suara rakyat. Sikap ini akan membuatkan rakyat lebih menghormati kerajaan dan menyayangi mereka walaupun ada isu yang mereka tidak bersetuju.
Kerajaan tidak perlulah khuatir atau bimbang kerana rakyat Malaysia tidak akan memberontak ataupun melancarkan revolusi seperti di negara Arab dan Afrika.

Rakyat kita mempunyai kerjaya dan urusan rumah masing-masing. Mereka akan balik ke rumah setelah penat, dan panas. Malahan, rakyat Malaysia juga cukup makan dan tidak kelaparan seperti rakyat dunia ketiga yang menjadikan demonstrasi sebagai wahana pemberontakan. Memberontak bukan budaya rakyat Malaysia.

Apakah matlamat Bersih 5? Dan, apakah yang hendak dicapai daripada perhimpunan ini?

Pilihan raya masih lagi menjadi satu-satunya wahana untuk rakyat memilih pemimpin bagi mewakili mereka di Parlimen setakat ini, iaitu untuk memerintah dan menggubal undang-undang di Malaysia.
Malah, pilihan raya merupakan jaminan agar suara dan kehendak rakyat terbanyak yang memerintah Malaysia.
Namun, untuk mencapai matlamat tersebut dan dilaksanakan secara adil, maka pilihan raya yang dijalankan hendaklah bersih daripada penipuan dan salahguna kuasa serta bebas kepada mereka yang menyertai tanpa sebarang sekatan dan halangan. Malah, ia juga haruslah TELUS, agar tidak berlaku penyelewengan seterusnya menjamin keyakinan rakyat kepada sistem pilihan raya tersebut.

Ketiga-tiga elemen bersih, bebas dan telus inilah yang semakin terhakis dan diragui di dalam perjalanan pilihan raya di Malaysia hari ini. Maka, Bersih 5 merupakan salah satu daripada desakan suara rakyat agar hak mereka tidak disalahgunakan oleh pihak yang berkuasa.

Tindakan berhimpun untuk menyatakan tuntutan rakyat agar sistem dan perjalanan pilihan raya di Malaysia diperbaiki agar lebih bersih, bebas dan telus bukanlah sesuatu yang pelik, bertentangan dengan undang-undang ataupun subversif.

Justeru, ia merupakan sesuatu yang dijamin oleh Perlembagaan (Artikel 10) dan juga bertepatan dengan konsep keadilan yang menjadi tonggak politik negara ini semenjak merdeka.

Mengapakah Bersih 5 bergabung dengan kelompok yang memperjuangkan hak LGBT dan lain-lain yang sewaktu dengannya?

Amat malang apabila perjuangan menegakkan keadilan dan ketelusan yang merupakan nilai Islam ini diterajui mereka, dan bukannya para ulama dan organisasi yang melaungkan perjuangn Islam.
Lebih malang lagi apabila agamawan yang ada digambarkan lebih bersikap selektif dan sanggup mempertahankan kezaliman berbanding memperjuangkan hak rakyat. Ia juga lebih menyedihkan apabila pihak berkuasa agama juga seakan membisu ke atas penyelewengan di dalam pilihan raya yang berlaku.

Apakah di dalam keadaan ini kita mahu berpihak kepada mereka yang menentang penipuan dan penyelewengan, tetapi bukan Islam?

Ataupun kita terus berpihak kepada mereka yang menipu dan menyeleweng hanya kerana mereka Muslim?

Apakah Islam agama yang menyokong penipuan dan penyelewengan? Apakah Islam menghalalkan salah guna kuasa?

Bersih sudah 5 kali diadakan, namun kelihatannya seperti masih tiada sebarang perubahan. Adakah ianya masih relevan?

Ya. Jika dikatakan tidak relevan kerna dilihat tidak memberi sebarang kesan lagi semenjak dilaksanakan, maka banyaklah yang tidak relevan dan tidak harus dilaksanakan lagi.
Saya beri analogi mudah.

Dalam satu Negara XYZ, ada satu Gerakan PS. Gerakan PS telah menyertai pilihanraya semenjak sebelum Negara XYZ mencapai kemerdekaan lagi, iaitu sudah 17 kali.

Namun, sejak daripada itu juga, mereka menemui kegagalan. Gerakan PS itu tidak pernah pun walau sekali memenangi dan memerintah Negara XYZ sepanjang tempoh berkenaan.

Jika mengikut sifir tadi, apakah ini bermaksud Gerakan PS tidak perlu lagi menyertai pilihan raya? Dan, apakah Gerakan PS perlu dibubarkan kerana sering menemui kegagalan?

Jika dikatakan Gerakan PS relevan untuk terus wujud dan bertanding dalam pilihan raya kerana mereka berterusan dan tekad dalam perjuangannya, maka apakah pula yang menghalang perjuangan yang dibawa oleh Bersih 5, untuk wujud serta berjuang berterusan juga sehingga berjaya?

Bantu artis bukan bebankan cukai melampau

Selasa, 15 November 2016

Oleh SULAIMAN IBRAHIM @ LEMAN RAJA LAWAK 

Setiap rakyat malaysia semuanya dikenakan cukai pendapatan, barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Kerajaan boleh mengenakan cukai tetapi jangan sampai rakyat terbeban dengan pendapatan/ekonomi mereka. Apabila rakyat merasai bebanan cukai yg dikena terlalu banyak, mereka akan bersuara dan menunggu masa untuk menghukum kerajaan BN pada PRU14.

Pihak kerajaan sepatutnya menyelesaikan masalah pendapatan rakyat bukan sahaja kalangan rakyat miskin tetapi juga di kalangan anak seni (artis) dengan memberi peluang pendapatan dalam kerjaya mereka dalam pelbagai bidang, bukannya mengenakan cukai pendapatan yang tinggi sehinggakan menyekat sesetengah artis itu untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

Artis malaysia bukan semuanya berpendapatan tinggi. Ada di kalangan mereka terpaksa mengikat perut apabila ketiadaan 'show' atau 'job'. Ada artis yang mengikat kontrak dipotong 30% dari pendapatan mereka. Pendapatan mereka bukanlah selalu dalam sebulan. Adakalanya berbulan-bulan baru dapat tawaran dari pelbagai pihak.

Kerajaan hanya melihat kemewahan artis yang bernama besar dalam kerjaya dan pendapatan mereka, bagaimana pula nasib pendapatan artis artis yang baru mencipta nama dan ingin mencari rezeki demi kehidupan mereka?

Seandainya cukai dipotong dan ditambah pula % yang dikenakan dari syarikat produksi yang ditandatangani, berapa baki yang tinggal untuk artis tempatan untuk berjaya dan membina 'personaliti' mereka?

Banyak kisah artis tempatan mencipta populariti tetapi di akhir hayat dan kehidupan mereka masih dalam keadaan yang sama. Mereka adalah insan seni yang menghidupkan budaya dan kesenian negara.

Sepatutnya kerajaan bertindak sebagai 'pro marketing' sehingga ke luar negara, bukannya hanya tahu mengenakan cukai tanpa memahami kehidupan mereka yang sebenar.

Sebagai contoh negara India yang bangsanya terdiri dari pelbagai bahasa seperti Hindi, Telegu, Punjab, Malayalam dan Tamil. Filem mereka berjaya menembusi pasaran luar negara sehinggakan setaraf filem Hollywood. Bagaimana filem di Malaysia?

Kerajaan harus membuka ruang dalam konsep kepelbagaian termasuk filem berkisarkan permasalahan politik yang berlaku di Malaysia dan mencontohi filem dari luar negara yang memberi impak lebih besar dimata dunia.

Ratusan artis tempatan ini ramai ynag berbakat besar dalam industri kesenian. Seharusnya membawa dan memberi peluang kepada mereka menembusi pasaran luar negara. Alasan yang kerajaan berikan ialah tiada peruntukan dan sebagainya.

Persatuan Seniman pula bukanlah satu badan yang memberikan kerjaya kepada semua golongan artis tetapi hanya bertindak sebagai pembawa suara artis jika ada sesuatu isu yang berlaku.

Artis yang ada di Malaysia kebanyakannya tidak berpolitik tetapi bukanlah bermakna mereka tidak mengetahui isu-isu semasa dengan apa yang berlaku dalam negara. Mereka mendiamkan diri kerana tidak mahu dikaitkan dengan pihak pembangkang atau kerajaan. Meraka hanya mahu mencari rezeki yang halal dan ingin memperbaiki kehidupan mereka.

Kebanyakan artis tempatan bukanlah dari kalangan keluarga yang kaya, rata-ratanya lahir dari industri media dan cuba mengeluarkan diri mereka dari masalah ekonomi dalam kehidupan seharian.

Isu ini akan dibangkitkan dari masa kesemasa supaya rezeki artis tempatan tidak dikenakan cukai sewenang-wenangnya tanpa memahami kehidupan dan perjalanan hidup mereka.

Kerajaan harus menilai dan mengkaji semula sehingga peringkat bawahan.

Beri peluang dan membantu kepada artis tempatan dan syarikat produksi industri perfileman, nyanyian dan sebagainya dalam mengembangkan filem Malaysia dengan cara terbuka tanpa sekatan politik melampau.

Kepada golongan artis tempatan, jangan sesekali takut untuk bersuara dalam mempertahankan hak anda sebagai rakyat, pengundi dan pembayar cukai yang sememangnya telah tersedia dikenakan ke atas kamu.

* Tulisan ini mewakili suara artis tempatan dari pihak pembangkang. Penulis juga adalah Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Sik.

Jangan takut ugutan samseng, bawa suara rakyat ke Bersih 5

Pemuda Amanah Perak mengingatkan seluruh anak muda agar membulatkan tekad untuk turun ke perhimpunan Bersih 5, Sabtu ini dan tidak takut terhadap ugutan kumpulan baju merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Yunos.

Ketuanya Hasnul Zulkarnain berkata, tiada apa yang harus ditakutkan kerana Bersih 5 merupakan perhimpunan aman malah empat kali perhimpunan Bersih sebelum ini membuktikan ia berlangsung aman sekiranya tidak ada provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, sama seperti Bersih 4, kehadiran anak muda dalam Bersih 5 adalah semata-mata membawa suara rakyat dan memberi isyarat kepada pemerintah.

"Sejarah ini bakal berulang malah lebih gemilang jika semua pihak menghormati hak-hak berhimpun secara aman seperti termaktub dalam perlembagaan. Saya amat yakin, Najib berada dalam keadaan bimbang hilang sokongan majoriti rakyat jika gelombang ini tidak disekat.

"Ayuh anak muda Perak, kita menyahut panggilan Bersih 5. Jangan khuatir dengan ugutan kumpulan samseng baju merah. Kita buktikan bahawa nama kita akan tercatat dalam sejarah Bersih 5 antara himpunan aman terbesar dalam Malaysia dan himpunan ini akan menjadi gelombang kebangkitan seluruh rakyat malaysia dalam PRU 14 nanti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jamal sebelum ini memberi amaran kepada pihak pengajur Bersih 5 bahawa kumpulan baju merah akan ada di mana sahaja kumpulan baju kuning berada.

Sabtu lalu, kumpulan itu mengadakan acara mempamerkan kekuatan mereka dengan bersilat menjelang perhimpunan minggu depan.

Sebelum ini juga kumpulan itu menunjukkan demonstrasi 'ilmu kebal' mereka dalam perhimpunan di hadapan pejabat Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Hasnul berkata, Bersih 5 akan menjadi penyatuan pelbagai kaum, bangsa dan agama untuk mendesak pembaharuan reformasi dalam sistem pentadbiran negara.

"Kita masih terbayang teman-teman daripada Tionghua dan India yang sama-sama membantu kita untuk memudahkan solat berjemaah di atas jalan raya. Kita merindui ucapan dan kata-kata semangat daripada pimpinan kita. Dan sudah tentu kita merindui kelibat abang-abang polis yang tegas menjaga keamanan himpunan.

"Ayuh anak muda Perak, kita sahut seruan Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu ketika berucap pada konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam. Sederap bunyi langkahan kita, jantung Najib akan berhenti seketika tanda resah dan gelisah.

"Perjuangan kita bukannya dihampar dengan permaidani indah, rakyat marhaen gigih membanting tulang, dihimpit dengan kos hidup yang semakin membebankan untuk meneruskan kelangsungan hidup," katanya.

Enam tuntutan Bersih 5 adalah:
1- Pilihan raya bersih
2- Hapuskan rasuah
3- Kukuhkan demokrasi
4- Mansuhkan undang-undang zalim
5- Hak membantah
6- Memperkasa hak Sabah/Sarawak

Nukilan Salahuddin buat Rafizi

Keberanian ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli membongkar salah laku pemerintah negara sehingga dijatuhi hukuman penjara mengundang rasa kagum timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Beliau dengan puitis menukilkan kata-kata semangat untuk Rafizi yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan hari ini kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dalam nukilannya, Salahuddin menyifatkan Rafizi sebagai seorang pejuang yang berani dan beramal dengan apa yang diyakini.

Berikut merupakan nukilan penuh Salahuddin kepada Rafizi:

Kepada sahabatku Rafizi Ramli
Saudara telah melakukan sesuatu yang benar dalam melunsuri jejak kebenaran yang menjadi teras dalam perjuangan islam.

Sebagai seorang islam saya merasa malu kerana mungkin keberanian saya tidak seperti saudara yang bersungguh dalam menentang kezaliman pemerintah negara ini.

Denyutan perjuangan saudara terasa benar desirannya dihati rakyat diluar sana kerana saudara beramal dengan apa saudara yakin.

Saudara tidak pernah bersenggama dengan kezaliman walaupun lidah saudara tidak petah berkuliah dengan berjuta nas dan fatwa.

Saya akan terus belajar dari nafas perjuangan saudara kerana saudara adalah penafsir kalam yang mulia.
 Rafizi yang juga setiausaha agung PKR dalam reaksi melalui twitter sejurus menerima hukuman itu berkata beliau sudah menjangkakan keputusan hari ini.

"Saya tidak terkejut, sedih, marah, takut atau apa-apa. Tiada perasaan sebegitu. Ini satu lagi hari biasa. Sudah lama begini.

“Apa yang tidak membunuh anda menjadikan anda lebih kuat,” katanya.

Beliau dijatuhi hukuman penjara atas dua tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang diklasifikasikan sebagai sulit.

Hakim Zulqarnian Hassan menetapkan hukuman 18 bulan masing-masing untuk 2 pertuduhan itu dijalankan serentak.

Rafizi tekad terus semak setiap sen yang Najib belanjakan

Walaupun dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi dua pertuduhan berkaitan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli tekad untuk terus membongkar kepincangan urus tadbir Perdana Menteri.

Dalam surat yang ditulisnya dari kandang tertuduh semasa penghakiman dibacakan hari ini, beliau memberitahu usaha berkenaan tidak akan pernah terhenti termasuk siri jelajah ke negeri sehingga akhir Januari depan.

“Keputusan pemenjaraan yang memang telah dijangka pada hari ini sedikit pun tidak akan mengubah apa-apa. Saya akan terus lantang seperti sebelum ini di dalam dan di luar parti.

“Saya akan teruskan dengan pembongkaran dan menyemak setiap satu sen yang dibelanjakan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selagi dalam kemampuan saya,” tegasnya dalam tulisan terdiri daripada 32 perenggan itu.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu berkata, beliau bersama beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan mendedahkan kepincangan projek kereta api pantai timur (ECRL) yang mencecah kos RM55 bilion (AS$13.1 bilion) itu.

“Saya juga akan menjawab isu-isu berkenaan Tabung Haji dan membentangkan beberapa analisis baru kedudukan kewangannya. Selain Tabung Haji, fokus saya masih lagi kepada isu pendidikan tinggi dan kelangsungan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan kedudukan tabung pencen negara,” jelasnya.

Antara yang juga menjadi perhatian beliau, perbezaan imbuhan gaji yang terlalu ketara di antara kakitangan kerajaan berpangkat rendah dan tinggi serta desakan penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Mulai esok, saya akan mula turun berceramah bersama-sama pimpinan dan aktivis yang mahukan Datuk Seri Najib meletak jawatan. Ceramah pertama yang bertemakan #LawanTetapLawan akan bermula di Pandan iaitu di Dewan Kampung Cheras Baru.

“Hari Rabu, saya akan ke Pangkalan Tentera Laut (TLDM) Lumut untuk berjumpa dengan pesara-pesara tentera laut yang mula-mula sekali membawa ke pengetahuan saya kelewatan pembayaran pampasan persaraan,” ujar Rafizi lagi.

Tenang tanpa rasa marah

Mengulas keputusan penghakiman mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 itu, Rafizi mengakui usahanya dalam mengetengahkan kepincangan skandal 1MDB itu adalah tanggungjawab beliau sebagai pemimpin yang diamanahkan rakyat.

“Saya tenang tanpa rasa marah, takut atau pun sedih kerana saya yakin saya telah menjalankan amanah saya sebagai seorang rakyat biasa, seorang pemimpin parti pembangkang dan seorang wakil rakyat.

“Setiap kali saya berdepan dengan keputusan, saya tidak pernah menghadapi dilema untuk membuat keputusan kerana hukumnya kebajikan dan kesusahan rakyat mengatasi kepentingan peribadi kita sebagai ahli politik.

“Oleh itu, keputusan saya sebagai seorang wakil rakyat atau ahli politik kadang-kadang mengundang rasa marah atau rasa terancam di kalangan pemimpin lain baik dalam BN atau parti saya sendiri,” akuinya.

Rafizi yang juga merupakan bekas akauntan bertauliah dan meninggalkan Petronas pada 2009 itu menyifatkan apa sahaja perbuatannya dinilai oleh malaikat bukannya ahli-ahli politik.

“Ingatan kepada diri saya setiap pagi saya ke pejabat ialah setiap tindakan dan amal kita disukat setiap saat bukannya oleh ahli-ahli politik yang nampak berkuasa, tetapi oleh malaikat yang tidak akan lalai walau sezarah pun,” tambahnya lagi.

Rafizi kekal MP sehingga proses rayuan selesai, kata SPR

Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih kekal sebagai Anggota Parlimen Pandan.

Kedudukan beliau seterusnya akan diketahui selepas proses rayuan beliau selesai sepenuhnya.

Menegaskan demikian, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, walaupun mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Naib Presiden PKR itu, beliau berhak membuat rayuan berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hashim berkata, oleh itu adalah tidak wajar bagi SPR membuat ulasan berkaitan keperluan mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

"Tambahan pula dalam kes ini, berdasarkan laporan oleh pihak media bahawa rayuan akan difailkan oleh Mohd Rafizi," tambahnya.

Rafizi hari ini dijatuhi hukuman penjara itu oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap satu daripada dua pertuduhan terhadap Mohd Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi, dengan menaikkan jumlah jaminan daripada RM3,000 kepada RM5,000.

Wan Azizah gesa Najib dedah laporan audit 1MDB

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan laporan penuh ketua audit negara mengenai 1MDB yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Saya sekali lagi menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk menunjukkan keberanian dan membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikeluarkan dari klasifikasi rahsia rasmi, lebih-lebih lagi kerana beliaulah yang mengarahkan ketua audit negara mengklasifikasikan laporan tersebut di bawah OSA," katanya dalam satu kenyataan.

Ketua pembangkang itu membuat gesaan tersebut berikutan keputusan mahkamah sesyen menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di bawah OSA.

Rafizi didakwa memililiki 98 mukasurat laporan ketua audit negara tanpa kebenaran yang melanggar Seksyen 8 (1) (c) (iii) OSA.

Mahkamah Sesyen bagaimanapun menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Menyifatkan ia hari yang cukup sedih buat demokrasi Malaysia, Wan Azizah berkata Rafizi dihadapkan ke mahkamah kerana mempertahankan hak dan kepentingan rakyat.
Menurutnya, negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland telahpun mengambil tindakan terhadap beberapa individu yang mempunyai kaitan langsung dengan penyelewengan 1MDB.

"Tanpa laporan penuh Ketua Audit Negara ini, Parlimen tidak dapat membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah wang yang sangat besar telah berjaya diseleweng beberapa pihak," katanya.

Menurutnya lagi, keengganan Putrajaya mengeluarkan laporan tersebut daripada klasifikasi rahsia rasmi hanya akan mengukuhkan persepsi bahawa kerajaan tidak mahu kebenaran diketahui umum.
Bagaimanapun katanya, seluruh anggota pimpinan PKR tetap berdiri teguh dan mempertahankan Rafizi daripada tuduhan berkenaan.

"Saya mendoakan agar saudara Rafizi dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang cukup mencabar ini," ujarnya.

Sebat peniaga, individu ambil kesempatan barangan bersubsidi

Beberapa anggota Parlimen hari ini mahu kerajaan mengenakan hukuman berat termasuk sebatan kepada peniaga atau individu yang mengambil kesempatan terhadap barangan bersubsidi seperti minyak masak.

Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) berkata tindakan tidak bertanggungjawab menyorok dan menyeludup barangan bersubsidi merupakan suatu jenayah amat berat sehingga menyebabkan masalah kepada rakyat khususnya golongan miskin yang memerlukan barangan berkenaan.

"Jika jumlah barangan disorok besar, saya cadangkan supaya mereka dikenakan sebatan, ia setimpal kerana ia sangat menyusahkan golongan miskin yang sepatutnya dapat barangan bersubsidi," katanya.

Hasan berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2017 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Senada dengan Hasan, Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) yang mahu kerajaan membatalkan lesen peniaga terbabit sebagai pengajaran kepada peniaga lain.

"Tangkap mereka, tarik terus lesen. Jangan bagi lesen lagi, banyak lagi orang lain mahu berniaga, untuk apa kita beri peluang kepada mereka ini," katanya.

Sementara itu, G. Manivannan (PKR-Kapar) berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan suatu akta yang membolehkan hukuman setimpal dikenakan kepada peniaga berkenaan.
Ketika sesi penggulungan RUU Perbekalan 2017 kementerian tersebut, menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata KPDNKK akan melihat cadangan tersebut secara keseluruhan bagi mencari keputusan terbaik dalam menangani isu itu.

"Ketika ini kita lihat secara keseluruhan bukan hanya pada satu akta sahaja agar kita dapat perbaiki akta lain," katanya.

Pada masa sama, Hamzah menegaskan kuota minyak masak bersubsidi atau paket satu kilogram lebih daripada mencukupi berbanding anggaran kegunaan yang diperlukan 30 juta rakyat negara ini.
Beliau berkata penggunaan yang dianggarkan adalah 36,000 metrik tan sebulan, namun kerajaan mengeluarkan lebih 50,000 metrik tan untuk tempoh tersebut.

"Saya akui stok minyak masak tidak cukup apabila sesetengah pengguna membuat pembelian panik dengan membeli minyak masak lebih daripada keperluan malah ada pembekal mula menyimpan stok," katanya.

Mengenai dakwaan kualiti minyak masak bersubsidi dalam bungkusan plastik tidak berkualiti, Hamzah berkata minyak tersebut adalah terjamin dan bukan minyak terpakai yang dikitar semula seperti dakwaan sesetengah pihak.

Hamzah turut menafikan dakwaan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebanyak RM7 setong mulai tahun depan.

"Kerajaan tidak pernah terfikir untuk bagaimana nak uruskan harga naik atau turun tetapi orang ramai dah berkata seolah-olah harga dah naik," katanya

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger